Tuesday 23 July 2013

Pesananku Kepada Mereka Yang Kini Murtad.


Saya faham perasaan anda semua tentang Islam sangat mengikut akal logik anda tetapi saudara tidak semua perkara boleh dirungkai dengan akal logik semata. Kehebatan Islam adalah kerana ingin membentuk manusia menjadi insan yang sempurna di atas bumi ini. Kenapa Allah S.W.T mengharamkan zina? Kenapa haramkan judi, arak dan sebagainya?

Saudara apa yang membezakan sifat manusia dengan haiwan adalah akal manusia akan dikawal melalui satu sistem kepercayaan. Cuba lihat agama yang mana yang lebih tegas dalam semua larangan berikut kalau bukan dengan Islam yang lebih berprinsip. Bayangkan jika manusia tanpa larangan yang ada dalam agama Islam ibarat seperti haiwan yang boleh melakukan apa sahaja tanpa ada jaminan tanggungjawab.  Kenapa Allah memerintahkan umatnya menutup aurat? anda sendiri ada jawapanya. Lihat saja haiwan betina yang tidak berbaju mudah merangsang nafsu haiwan jantan malah haiwan juga tidak kenal adik-beradik apabila mengikut nafsu. Jadi untuk mengelakkan manusia agar tidak bertindak seperti haiwan maka Allah turunkan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Kenapa Allah jadikan syurga dan neraka adalah kerana untuk mengawal akal manusia supaya tidak melakukan perkara yang boleh memusnahkan manusia sendiri dan juga untuk menggalakan manusia melakukan kebaikan. Jika difikir secara logik, manusia juga membuat peraturan di dunia dengan pelbagai jenis undang-undang dan cuba fikir peraturan dan undang-undang itu untuk apa? Sudah pasti bagi mengawal tingkah laku manusia agar tidak menimbulkan masalah pada diri sendiri dan orang lain.

Allah tak zalim tapi maha bijaksana, kekuasaannya di luar kemampuan pemikiran manusia. Tanpa ada undang-undang dan peraturan dalam Al-Quran, akal manusia tidak boleh dikawal kerana Allah maha mengetahui dan sebab itu Allah melantik hanya seorang nabi pada akhir zaman dan menurunkan Al Quran sebagai panduan hidup.

*Jika saudara murtad hanya kerana peraturan Islam yang tegas saya  berdoa suatu hari nanti saudara akan memahami kenapa semuanya diamanahkan kepada kita.

*Jika saudara percaya pada agama lain cuba fikir agama mana yang lebih lengkap sistem cara hidupnya yang mampu mengawal manusia dari melakukan perkara yang memudaratkan diri.

*Jika saudara tidak mempercayai agama cuba fikir darimana datangnya kehidupan ini????


Semoga Allah beri keampunan dan hidayah kepada saudara.

Oleh Suara Malaya.

No comments:

Post a Comment