Thursday 18 July 2013

Info Cara Berjimat Sepanjang Ramadan.



1)      Azam berjimat.
Dengan menanamkan pegangan ingin berjimat, ia secara tidak langsung akan menjadi ingatan kepada anda supaya berpada-pada ketika berbelanja ketika berada di Bazar Ramadan atau memasak sendiri.

2)      Belanjawan harian
Azam sahaja memang tidak mencukupi. Anda harus mempunyai belanjawan untuk menyokong keinginan itu agar tidak tersasar nanti. Cara mudah, catat segala keinginan perbelanjaan harian dan ia akan bertindak sebagai panduan ketika berbelanja.

3)      Jangan bawa duit berlebihan.
Taktik ini terbukti berkesan.  Bawa duit secukupnya seperti sudah dirancang . Biarpun ia agak susah untuk dipraktikan tapi inilah antara tindakan paling berkesan. Bajet disarankan antara RM10 hingga RM15 kerana jumlah ini sudah memadai untuk dua orang makan.

4)      Kirim juadah
Kalau anda terasa amat sukar mengawal nafsu membeli ketika mengunjungi bazaar Ramadan, alternatifnya anda boleh mengirimnya saja kepada rakan ataupun ahli keluarga yang lain.

5)      Jangan berlanja ikut nafsu
Jika kita berkunjung ke bazar Ramadan sekali sekala tidak salah. Kadang-kadang mahu juga merasa kuih-muih atau makanan kegemaran yang ada dijual di bazaar Ramadan. Cuma elakkan berkunjung terlalu kerap kerana khuatir akan berbelanja mengikut perasaaan.

6)      Latih diri
Latih dan kawal diri supaya tidak mengikut nafsu. Sekiranya anda masih bujang dan berkongsi rumah dengan kawan, bolehlah kumpulkan wang untuk membeli bahan mentah dan masak sendiri. Ini lebih menjimatkan.

7)      Berbuka dan bersahur di surau atau masjid.
Antara langkah paling berkesan bukan sahaja  bakal dihidangkan dengan lauk-pauk enak dan makan mengikut keperluan, tapi anda juga dapat meneruskan pakej solat fardhu berjemaah dan terawih.

8)      Berkongsi atau bertukar juadah.
Satu lagi cara berjimat ialah dengan berkongsi juadah dengan teman serumah. Setiap seorang beli juadah yang berbeza. Buat mereka yang sudah berkeluarga , anda boleh bertukar-tukar juadah sesame jiran tetangga. Disamping  dapat merasa masakan berlainan jenis, secara tak langsung boleh mengeratkan silaturahim sesame jiran.

9)      Air minum buat sendiri.
Kita selalui lihat ramai berpusu-pusu membeli air di bazaar Ramadan. Sememangnya ada pelbagai jenis warna dan campuran disediakan. Sebenarnya kita banyak berjimat apabila membeli kordial atau jus dibancuh sendiri dan pastinya stok begini cukup untuk berminggu-minggu. Banyakkan pengambilan air masak.

10)  Elak kerap berbuka di restoran atau hotel  mewah.
Berbuka puasa di hotel adalah tarikan masa kini. Tepuk dada tengoklah status kewangan anda. Kalau anda mampu tidak mengapa, kalau tak mampu ukur baju dibadan sendiri. Sekali-sekala rasanya tidak mengapa tapi jangan pula jadikannya sebagai rutin mingguan.

11)  Utamakan ibadat, bukan pembelian.
Ramadan adalah masa untuk kita lebihkan masa beribadah. Janganlah biasakan dengan tabiat membeli-belah pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan kerana ia adalah waktu untuk kita berterawih dan bertadarus Al-Quran.

Sumber : Berita Harian.

No comments:

Post a Comment