Sunday 28 July 2013

Kebaikan dan Keburukan Bekerja Dari Rumah.

Kebaikan Kerja Di Rumah.

1) Kebebasan Terjamin.

' Boleh buat apa sahaja'. Ini antara sebab utama ramai yang memilih untuk bekerja sendiri di rumah. Anda sudah pasti bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mendapatkan persetujuan daripada majikan. Ingin bercuti, nak melancong mahupun ingin kemana-mana sahaja, tiada siapa yang akan menghalang.

2) Masa Fleksibel.

Sudah semestinya waktu bekerja sendirian di rumah lebih fleksibel dan amat memudahkan. Tiada lagi fix hour, malah anda sendiri boleh mengatur waktu bekerja mengikut kesesuaian serta kemahuan. Asalkan kerja siap, semua pun boleh.

3) Hasil? Anda Yang Dapat.

Apabila segala kerja yang anda usahakan membuahkan hasil, pasti ganjarannya anda yang akan dapat. Anda boleh membelanjakan hasil tersebut sepuas-puasnya. Anda tidak perlu lagi untuk menanggung hutang atau menunggu gaji masuk setiap bulan ke dalam akaun anda.

4) Tiada Kesesakan Lalu Lintas.

Ya, sudah pasti anda tidak akan lagi berhadapan dengan kesulitan di atas jalan raya, malah anda akan lebih bersemangat setiap bangkit daripada tidur waktu pagi.

Keburukan Kerja Di Rumah.


1) Tiada Jaminan Kewangan.

Apabila bekerja dari rumah, pasti kewangan anda tiada jaminan. Untung yang anda dapat mungkin berlipat kali ganda, namun jika anda rugi, risiko yang akan anda tanggung amat besar sekali.

2) Masalah Kesihatan.

Kerja di rumah menuntut anda untuk menghadap komputer 24 jam tanpa perlukan pergerakan yang banyak. Ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan pada tahap kesihatan anda seperti keletihan yang melampau, tekanan, obesiti, berat kepala, kencing manis dan lain-lain lagi.

3) Kesukaran Membuat Pinjaman Bank.

Masalah ini sudah pasti akan anda hadapi. walaupun penyata kewangan yang melibatkan empat hingga lima angka sebulan, ini tidak menjamin kelancaran jika anda ingin membuat pinjama nanti. semakin banyak prosedur serta karenahnya.

4) Kesunyian.

Apabila anda hanya bekerja dari rumah tanpa dikelilingi rakan sepejabat dan kawan-kawan, sudahnya anda merasa kesunyian yang berpanjangan. Secara tidak langsung produktiviti anda akan turun dengan mendadak.

No comments:

Post a Comment