Sunday, 14 July 2013

Perubahan Organisasi



Perubahan dalam ertikata lain bermaksud satu proses transformasi daripada pemikiran, kaedah atau pendekatan sedia ada kepada corak pemikiran, kaedah dan pendekatan baru. Dari sudut pengurusan kerja, ia dikaitkan dengan pelaksanaan sistem atau prosedur baru dalam kerja dengan tujuan untuk memperbaiki kelicinan kerja berbanding sistem kerja terdahulu. Perubahan itu tidak semestinya dilaksanakan apabila sesuatu pelaksanaan  sistem sediaada gagal dijalankan, Perubahan juga secara umum tidak  semestinya akan dilaksanakan oleh semua pihak walaupun secara rasional setiap perubahan akan memperbaiki kelemahan.

Perubahan dan matlamat dan strategi organisasi mengikut konteks perubahan persekitaran perniagaaan memaksa kenyataaan misi dan wawasan disemak semula. Usaha seperti ini biasanya melibatkan perubahan yang berskala besar seperti perubahan dasar, transformasi, berkaitan dengan perubahan hala tujuan dan juga perubahan berbentuk strategik.

Kebolehan sesuatu organisasi untuk menyesuaikan atau memadankan diri dalam persekitaran luaran yang sentiasa berubah dan berkebolehan untuk bersaing dengan hebat adalah di antara faktor utama bagi kelangsungan atau penerusan sebuah organisasi. Untuk melakukan perubahan tersebut, sebuah  organisasi perlu ada wawasan dan strategi untuk mencapai wawasan tersebut. Untuk membuat perancangan strategik, sesuatu organisasi perlu membuat analisis menyeluruh mengenai keadaan semasa, keadaan dikehendaki dan bagaimana ianya patut berubah dalam konteks persekitaran perniagaan di mana organisasi tersebut beroperasi atau berfungsi.

Faktor utama  yang menyebabkan perubahan organisasi perlu dilakukan ialah kerana berlakunya perubahan teknologi maklumat semasa. Perubahan teknologi maklumat adalah penting kerana peranan teknologi maklumat sebagai nadi kepada sistem pengurusan tadbir kerja untuk bergerak dengan kelajuan yang amat pantas. Ia telah membolehkan para pembuat keputusan mencapai maklumat yang diperolehi dengan kadar yang begitu cepat dan banyak berbanding keadaan sebelum ini. Maklumat yang lebih berkualiti dan lebih banyak boleh diperolehi dalam masa yang singkat.

Perubahan ini juga telah membolehkan pembuat keputusan membuat keputusan yang lebih baik dan memperbaiki komunikasi dalam organisasi dan luar organisasi seperti antara pembekal dan pembeli. Kepantasan perolehan maklumat ini menyebabkan perubahan yang mendadak dirasai dalam mengurus sitem tadbir kerja . Impak perubahan tekonologi maklumat keatas sistem pengurusan tadbir kerja akan memberikan pelbagai jalan atau alternatif baru dalam usaha meningkatkan kecekapan urus tadbir ditahap yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment